Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, di sini hari ini.

Komander Operasi Bomba Mohd Nazri Saidin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 5.06 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikerah ke lokasi.

"Tiba di tempat kejadian, seorang saksi memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi telah hilang dipercayai lemas.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2023 @ 6:36 PM