KANAK-KANAK lelaki berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak dekat Behrang, hari ini. FOTO ihsan JBPM
KANAK-KANAK lelaki berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak dekat Behrang, hari ini. FOTO ihsan JBPM
Rosman Shamsudin


Tanjung Malim: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan terperangkap kira-kira 15 minit dalam pacuan empat roda di sebuah stesen minyak dekat Behrang di sini, hari ini.

Kanak-kanak itu terperangkap di dalam kenderaan berkenaan ketika bapanya hendak mengisi minyak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian jam 8.44 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi.

"Kami menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan berkenaan.

"Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada bapanya," katanya pada kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2022 @ 1:24 PM