SAC Adzli Abu Shah (dua dari kanan) bersalaman dengan  Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selepas majlis serah terima tugas. FOTO ihsan PDRM
SAC Adzli Abu Shah (dua dari kanan) bersalaman dengan Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selepas majlis serah terima tugas. FOTO ihsan PDRM
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Senior Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menggalas tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah bermula hari ini.

Beliau menggantikan Datuk G Suresh Kumar yang akan mengalas jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah Forensik / Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Sebelum ini, Adzli menggalas tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik JSJ Bukit Aman.

Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2023 @ 1:59 PM