SENIOR Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. FOTO ARKIB NSTP
SENIOR Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. FOTO ARKIB NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Ruslan Khalid dalam kenyataan, hari ini memaklumkan Nik Ezanee dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Perdana Menteri.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Pengarah, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) di jabatan sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, SAC Nurulhuda Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Pertukaran lain membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, SAC Wan Rukman Wan Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Dalam pada itu, SAC (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, SAC Mohd Soaihami Rahim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 1:18 AM