ROSLI (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Othman (kanan) dengan Raja Shahrom. FOTO Khairulmizan Yahya
ROSLI (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Othman (kanan) dengan Raja Shahrom. FOTO Khairulmizan Yahya
Khairulmizan Yahya


BEKAS Ketua Polis Daerah Kajang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang baru.

Othman menggantikan Deputi Komisioner Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah yang dinaikkan pangkat dan bertukar sebagai Timbalan Pengarah Forensik, Databank DNA, Perancangan Strategik JSJ Bukit Aman.

Othman, 56, mempunyai pengalaman 37 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah di tiga daerah termasuk di Selangor dan Kelantan.

Beliau komited untuk meneruskan kecemerlangan yang dicapai oleh JSJ negeri dengan melaksanakan dasar yang sudah digariskan oleh pucuk pimpinan kontinjen negeri.

"Saya akan lebih komited menjalankan tugas yang diamanahkan dan berjanji akan menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang,” katanya.

Majlis serah terima tugas antara Othman dan Raja Shahrom diadakan Dewan Tun Razak IPK negeri sambil disaksikan Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman, di sini, hari ini.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas antara Bekas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis ( PERKEP) IPK negeri, Datin Zainabee P V Aboo Bakar dengan pengerusi yang baru, Datin Salmah Buang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2017 @ 9:30 PM