4,065 kenderaan diperiksa dalam operasi JPJ bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam . FOTO Ihsan JPJ KL
4,065 kenderaan diperiksa dalam operasi JPJ bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam . FOTO Ihsan JPJ KL
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Sebanyak 641 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) Bil 3 2024 di sekitar Bangsar, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, operasi itu dijalankan 80 anggota dan pegawai JPJ bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Agensi Antifadah Kebangsaan (AADK).

"Sebanyak 4,065 kenderaan diperiksa dalam operasi diketuai Ketua Bahagian Penguat kuasa JPJ Kuala Lumpur, Raja Nursyuhaidah bermula jam 8 hingga 12 tengah malam.

"Sejumlah 3,262 motosikal, kereta (391), bas (126), teksi (45), e-hailing (26) diperiksa dalam operasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

\

Menurutnya, kesalahan tertinggi tiada lesen memandu 241 notis, tiada lesen memandu vokasional (16), cukai jalan tamat tempoh (122), tiada insurans (109), langgar lampu isyarat merah (dua), dan tidak memakai topi keledar (tujuh).

Katanya, pihaknya turut mengeluarkan saman membabitkan kesalahan cermin gelap sebanyak 16 notis, nombor pendaftaran (35), ubahsuai (11), lebih muatan (tiga), arah timbang (tujuh), kesalahan teknikal (36), lain-lain kesalahan (34).

Mohd Zaki berkata, JSPT mengeluarkan 79 saman trafik membabitkan pelbagai kesalahan dalam operasi sama.

"JPJ turut mengenakan tindakan sita terhadap 12 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu.

"AADK pula menahan enam individu kerana positif dadah jenis morfin (satu kes), methamphetamine (tiga), dan ganja (dua)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 4:32 PM