Tertuduh warga Indonesia dihadap ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. FOTO JUWAN RIDUAN
Tertuduh warga Indonesia dihadap ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. FOTO JUWAN RIDUAN
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya di Pasar Sayur Kepayan, awal April lalu.

Jedu Rudu, 42, didakwa membunuh Suria Woade, 42, yang juga warga Indonesia di pasar berkenaan pada 8 April lalu.

Dia didakwa membunuh wanita di pasar yang terletak di Jalan Pahlawan, dekat sini, antara jam 1 hingga 2.21 pagi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan ia adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan untuk tertuduh.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Inspektor Albert Basiri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan mangsa sedang membantu kakaknya menjual sayur di pasar berkenaan sebelum suspek datang menikamnya secara tiba-tiba.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2023 @ 6:38 PM