BAHAGIAN hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, Kajang, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol (cocktail petrol), hari ini. FOTO Ihsan Bomba
BAHAGIAN hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, Kajang, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol (cocktail petrol), hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Bahagian hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol (koktail petrol), hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.45 pagi tadi.

"Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan bahagian hadapan rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu dipercayai berlaku akibat bom petrol (koktail petrol) yang dibaling oleh seseorang disyaki mempunyai unsur khianat.

"Tiada struktur yang terjejas dan hanya membabitkan rak kasut sahaja yang terbakar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 8:49 AM