ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran tiga lot kedai di Taman Taming Jaya, Kajang, yang terbakar, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran tiga lot kedai di Taman Taming Jaya, Kajang, yang terbakar, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Tiga lot kedai di Taman Taming Jaya di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.53 malam tadi.

"Seramai 35 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi, BBP Serdang, BBP Sungai Besi dan BBP Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran membabitkan tiga lot kedai jenis teres satu tingkat dengan setiap unit premis berkenaan terbakar 90 peratus," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2023 @ 11:06 AM