ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah unit kondominium di Jalan Bukit, Taman Bukit Mewah, Kajang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah unit kondominium di Jalan Bukit, Taman Bukit Mewah, Kajang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Tindakan pantas suami isteri keluar dari rumahnya di sebuah unit kondominium di Jalan Bukit, Taman Bukit Mewah, di sini, ketika kebakaran, hari ini, menyelamatkan nyawa mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.48 pagi tadi.

"Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan sebuah rumah di tingkat satu bangunan kondominium terbabit terbakar di bahagian bilik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Morni berkata, terdapat sepasang suami isteri masing-masing berusia 75 dan 57 tahun berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran berlaku.

"Kedua-dua mangsa berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kebakaran berjaya dikawal pihak bomba jam 9.08 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 10:18 AM