Gambar hiasan
Gambar hiasan
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Op Samseng Jalanan oleh polis yang berakhir 7 pagi hari ini, menahan dua remaja dan mengeluarkan 35 saman pelbagai kesalahan.

Operasi itu oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya berlangsung sekitar bandar ini bermula 10 malam.

Dalam kenyataan dikeluarkan, IPD Barat Daya memaklumkan dua remaja berusia 17 tahun itu dikesan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, sembilan motosikal disita mengikut Seksyen 64 (1) akta sama selain 35 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan," menurut kenyataan.

Menurutnya lagi, selain membendung samseng jalanan membabitkan mat rempit, operasi itu juga bagi memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Orang ramai yang mahu menyalur maklumat boleh menghubungi talian 04-8664122, 0192238169 (aplikasi Whatsapp) atau Messenger IPD Barat Daya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2023 @ 8:44 PM