GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun.

Ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 14, 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan remaja berusia 16 merogol kanak-kanak itu di antara 3 pagi hingga 1 tengah hari, 29 Januari lalu.

Manakala remaja berusia 14 tahun dan 17 tahun dituduh secara bersama-sama merogol kanak-kanak itu pada 11.30 malam, 28 Januari lalu.

Kesemua tertuduh melakukan perbuatan itu di hotel di Bahau.

Tertuduh berusia 16 tahun dituduh mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan ( Akta 574) manakala dua remaja lain dituduh mengikut Seksyen375B Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Baharudin Bah Bam manakala dua tertuduh masing-masing diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Datuk PM Nagarajan dan seorang lagi tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 1:13 PM