YUSNI Mohd Jamil (kanan) menerima tugas daripada Senior Asisten Komisioner Daud Omar (kiri) di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Kedah. FOTO ihsan PDRM
YUSNI Mohd Jamil (kanan) menerima tugas daripada Senior Asisten Komisioner Daud Omar (kiri) di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Khas Kedah. FOTO ihsan PDRM
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Datuk Yusni Mohd Jamil menggalas tugas sebagai Ketua Cawangan Khas Kedah yang baharu bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Daud Omar berkuat kuasa hari ini.

Yusni mengambil alih jawatan itu daripada Daud yang menyandang tugas itu sejak lebih sembilan bulan lalu yang akan menjalani persaraan wajib, esok.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari.

Hadir sama dalam majlis itu adalah pegawai kanan polis yang terdiri daripada semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah serta warga IPK Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2023 @ 1:01 PM