Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superitendan, Mohd Radzuan Othman (kanan) menyerahkan kuasa kepada Ketua Polis Daerah Padang Terap yang baru Deputi Superintendan, Noh Idris sambil disaksikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Kedah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner, Mior Farid Al Athrash Wahid (tengah). FOTO ihsan PDRM Kedah

Aizat Sharif

BEKAS Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, Deputi Superintendan, Noh Idris dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Padang Terap yang baru berkuatkuasa hari ini.

Noh, 57 menggantikan Superintendan Ahmad Nasir Jaafar yang kini menjadi Ketua Polis Daerah Kulim.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah yang baru itu berlangsung di IPD Padang Terap hari ini dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superitendan, Mohd Radzuan Othman yang memangku jawatan Ketua Polis Daerah menyerahkan kuasa kepada Noh sambil disaksikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Kedah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner, Mior Farid Al Athrash Wahid.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Asisten Komisioner, Ab Rahman Arshad.

Noh kembali bertugas di daerah Padang Terap selepas kali terakhir berkhidmat di IPD daerah itu ketika di awal perkhidmatannya dalam bidang kepolisian antara tahun 1980 hingga 1985 sebagai anggota pangkat rendah polis sebelum dinaikkan pangkat sebagai Inspektor pada 1986.

Malah, beliau juga tidak asing berkhidmat di Kedah apabila pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kota Setar dan Ketua Trafik IPD Langkawi sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 6:11 PM