MOHD MAHIRI (kanan) menerima tugas  sebagai KJSPT Kedah yang baharu daripada Osman Ismail yang memangku tugas itu. Majlis disaksikan Mohd Roze. FOTO Ihsan Pdrm
MOHD MAHIRI (kanan) menerima tugas sebagai KJSPT Kedah yang baharu daripada Osman Ismail yang memangku tugas itu. Majlis disaksikan Mohd Roze. FOTO Ihsan Pdrm
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Superintendan Mohd Mahiri Hussain dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kedah yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Unit 5, Polis Simpanan Persekutuan (PSP), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Ipoh, Perak.

Mohd Mahiri menggantikan Deputi Superintendan Osman Ismail yang memangku jawatan berkenaan selepas Superintendan Chuah Seong Lim, meninggal dunia, awal bulan lalu.

Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 8:37 AM