Rohaniza Idris


Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membatalkan pembekuan akuan parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata surat itu juga meminta pembatalan pembekuan dibuat sebaik siasatan SPRM ke atas akaun parti diselesaikan.

"Pembatalan pembekuan akaun parti penting walaupun dinyatakan akaun dibekukan untuk tempoh tiga bulan.

"Sebagai parti politik yang penting, jika tiada wang bagaimana kami dapat meneruskan kerja politik terutama membayar sewa pejabat, gaji kakitangan dan perkara berkaitan pengurusan parti .

"Ini juga menjejaskan kelancaran Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi kerana Bersatu adalah sebuah parti yang penting dalam gabungan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Pemukiman Ahli Parlimen PN di sini, hari ini.

Muhyiddin. FOTO Arkib NSTP
Muhyiddin. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 2:20 PM