JAMES ketika membuat lawatan ke PPS di Dewan Komuniti Kota Marudu, semalam. FOTO Juwan RIduan
JAMES ketika membuat lawatan ke PPS di Dewan Komuniti Kota Marudu, semalam. FOTO Juwan RIduan
Juwan Riduan


Kota Marudu: Keluarga yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah di negeri ini akan menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, bantuan berkenaan akan diagihkan secepat mungkin, namun jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.

"Saya dimaklumkan selain bantuan berbentuk bakul makanan, kerajaan juga akan memberi bantuan wang tunai... belum pasti berapa jumlahnya?

"Kita mahu meringankan beban keluarga yang ditimpa malang akibat kejadian banjir yang berlaku sejak beberapa hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini, semalam.

Sementara itu, James berkata, pihaknya akan mempercepatkan bantuan makanan di semua PPS bagi memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat makanan dengan sempurna dan cepat.

Katanya, setakat ini, sebanyak kira-kira 15,000 pek makanan sudah disediakan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada semua mangsa banjir.

"Tidak semua mangsa yang dipindahkan ke PPS kerana ada mangsa yang berada di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir ini.

"Namun, kita akan mencari alternatif dengan bantuan pasukan keselamatan bagi memastikan mereka ini turut mendapat bantuan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 1:01 PM