Keadaan banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat di sini hari ini. FOTO Ahmad Ismail
Keadaan banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat di sini hari ini. FOTO Ahmad Ismail
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Bilangan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 4,368 membabitkan 1,218 keluarga ditempatkan di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, ia berbanding seramai 4,207 mangsa membabitkan 1,164 keluarga ditempatkan di 45 PPS pada jam 2 petang.

Beliau berkata, terdahulu 3,967 mangsa membabitkan 1,104 keluarga yang ditempatkan di 41 PPS pada 12 tengahari tadi manakala pada jam 8 pagi tadi 3,612 mangsa daripada 1,014 keluarga yang ditempatkan di sebanyak 35 PPS di seluruh negeri.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Segamat terus mencatatkan bilangan mangsa banjir paling ramai dengan 1,522 daripada 424 keluarga di 20 PPS berbanding 1,521 mangsa banjir daripada 428 keluarga daripada 19 PPS pada jam 2 petang.

"Ia diikuti bilangan mangsa banjir di Kluang iaitu seramai 1,222 membabitkan 348 keluarga di 11 PPS berbanding1,212 mangsa banjir membabitkan 348 keluarga ditempatkan di 11 PPS.

"Mersing pula mencatatkan penurunan dengan menempatkan 708 mangsa banjir membabitkan 221 keluarga di empat PPS berbanding 717 mangsa banjir membabitkan 207 keluarga di empat PPS sebelumnya.

"Manakala bilangan mangsa di Kota Tinggi masih sama apabila menempatkan 591 mangsa banjir membabitkan 144 keluarga di enam PPS.

"Batu Pahat pula mencatat 119 mangsa membabitkan 35 keluarga di dua PPS berbanding 151 membabitkan 32 keluarga di dua PPS sebelumnya manakala Muar mencatat bilangan 206 mangsa membabitkan 46 keluarga di tiga PPS berbanding 15 mangsa daripada lima keluarga di tiga PPS sebelumnya," katanya.

Mengikut ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sembilan daripada 10 daerah di Johor akan terus mengalami hujan lebat membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Tangkak dan Kula

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2023 @ 4:45 PM