KEADAAN di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali. FOTO Bernama.
KEADAAN di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali. FOTO Bernama.
Muhaamad Hafis Nawawi


Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, di sini, ditangguhkan sekali lagi berikutan hujan lebat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi itu dihentikan pada jam 8.15 malam ini.

"Operasi dihentikan sehingga hujan berhenti dan penilaian akan dibuat semula berdasarkan struktur kekuatan tanah.

"Jika hujan masih tidak berhenti kita akan menyambung semula esok pagi," katanya.

Hujan semakin lebat setakat jam 8.28 malam ini dan menyukarkan usaha SAR dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 8:46 PM