PEPE tidak dapat menahan sebak dan ditenangkan Cristiano Ronaldo selepas Portugal tugas kepada Perancis menerusi sepakan penalti. -FOTO Reuters
PEPE tidak dapat menahan sebak dan ditenangkan Cristiano Ronaldo selepas Portugal tugas kepada Perancis menerusi sepakan penalti. -FOTO Reuters
AFP

Hamburg: Jurulatih Portugal, Roberto Martinez berkata pasukannya tewas dengan "bermaruah" kepada Perancis pada suku akhir Euro 2024 dan berjanji mereka akan kembali lebih kuat.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata pasukannya mempamerkan prestasi terbaik di Hamburg yang menyaksikan Perancis membalas dendam atas kekalahan terakhir mereka pada 2016 dengan kemenangan penalti 5-3 berikutan keputusan seri tanpa jaringan selepas masa tambahan.

"Kami menunjukkan bahawa kami boleh membuatkan pasukan lain menderita, tetapi mahu menang untuk peminat.

"Kami kalah tetapi dengan rasa bermaruah dalam gaya Portugal yang sudah memberikan segala-galanya," katanya.

Martinez berkata pemain muda pasukan itu akan bertambah baik selepas daripada pertembungan tegang di Volksparkstadion.

"Pemain kami akan lebih berkembang hasil daripada pengalaman ini.

"Keperibadian, peluang, bagaimana kami mencipta bahaya pada suku ketiga terakhir.

"Ia adalah persembahan yang membuatkan kami melihat masa depan dengan penuh rasa bangga," sambung Martinez.

Jurulatih itu memuji pemain pertahanan berusia 41 tahun Pepe, pemain tertua dalam sejarah kejohanan yang kelihatan menangis pada penghujung perlawanan.

"Dia seorang pejuang. Apa yang Pepe lakukan hari ini dan dalam kejohanan itu adalah contoh yang baik untuk dijadikan teladan," tambah Martinez.

Pepe berkata beliau akan memaklumkan mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan pada satu ketika nanti.

"Saya mempunyai masa yang cukup untuk bercakap tentang masa depan saya, kami perlu mengatasi kesakitan ini, kami mempunyai keupayaan untuk memenangi pertandingan, dan kini kami perlu padang ke depan," kata pemain pertahanan tengah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2024 @ 7:32 AM