TERTUDUH (kanan)  di  Mahkamah Majistret Seremban. FOTO Ahmad Hasbi
TERTUDUH (kanan) di Mahkamah Majistret Seremban. FOTO Ahmad Hasbi
Ahmad Hasbi


Seremban: Wanita warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh lelaki tempatan yang juga kekasihnya di apartment di Taman Bukit Delima, di sini, minggu lalu.

Tertuduh, La Anh Thu, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Lim Swee Shyong, 50, di Taman Bukit Delima, 9 hingga 9.45 malam 21 November lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur'Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Steward Abdullah, Mohd Khairullizan Kamisan dan Datuk Haniff Hasan.

Pihak pendakwaan memohon tarikh untuk mendapatkan laporan forensik, kimia dan perubatan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula 26 Januari 2023 untuk serahan dokumen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2022 @ 12:09 PM