AHMAD Zahid. FOTO arkib NSTP
AHMAD Zahid. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) bersedia mengenepikan perbezaan sentimen sebelum ini demi melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"BN menganggap bahawa keputusan PRU-15 adalah suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap kami.

"Namun begitu, BN terus komited untuk memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

"Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini. Dalam masa yang terdekat BN akan memberikan tumpuan bagaimana mengembalikan kekuatan parti terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 November 2022 @ 2:14 AM