MOHAMAD Hasan, gambar fail.  FOTO Arkib NSTP
MOHAMAD Hasan, gambar fail. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung tubuh kerajaan kerana mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

"Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

"Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

"BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab 'check and balance' kerajaan baru," katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Bagaimanapun katanya, jika bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ini, pihaknya tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

"Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami.

"Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu. Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 9:52 PM