AHMAD Zahid (dua kanan) memberi laluan kepada orang ramai untuk mengundi pada PRU-15 di Madrasah Manbail Ulum hari ini. FOTO Bernama.
AHMAD Zahid (dua kanan) memberi laluan kepada orang ramai untuk mengundi pada PRU-15 di Madrasah Manbail Ulum hari ini. FOTO Bernama.
Muhamad Lokman Khairi


Bagan Datuk: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu kepada rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari ini.

Calon BN Parlimen Bagan Datuk itu berkata, hanya dengan mandat mutlak daripada rakyat Malaysia sahaja kerajaan yang stabil dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahmad Zahid berkata, pengundi hari ini bakal menentukan masa hadapan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

"BN terbukti mempunyai rekod pentadbiran yang baik di samping menjaga kebajikan rakyat.

"Moga cuaca hari ini tidak semendung semalam dan mudah untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi," katanya selepas mengundi di Madrasah Manbail Ulum, Sungai Nipah Darat dekat sini, hari ini.

Berdasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi yang sudah keluar mengundi adalah 58 peratus setakat 2 petang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 4:33 PM