ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada nat besi. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersekat pada nat besi. FOTO Ihsan JBPM
Juwan Riduan

Kudat: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas gagal mengeluarkan nat besi yang tersangkut pada jari tengahnya hari ini.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kudat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan perkara itu jam 9.49 pagi.

"Tiga anggota dikerah ke Hospital Kudat untuk membantu.

"Kami menggunakan peralatan khas untuk memotong nat itu," katanya pada kenyataan.

Menurutnya, jari tengah mangsa juga bengkak dan operasi tamat jam 10.42 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 1:43 PM