Anggota bomba memadamkan api di lokasi kejadian. FOTO Juwan Riduan
Anggota bomba memadamkan api di lokasi kejadian. FOTO Juwan Riduan
Juwan Riduan

[email protected].y

WANITA warga emas melecur di badan selepas rumahnya di Kampung Gumandang, Jalan Tajau, di Kudat, terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa Olok Ogoim, 83, dilaporkan melecur 60 peratus di bahagian badannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan 5.15 pagi dan menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat.

Katanya, turut membantu operasi ialah lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Air.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah yang terbakar sepenuhnya dan api dapat dikawal 6.19 pagi.

“Seorang mangsa warga emas melecur 60 peratus di bahagian badan. Mangsa diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya, hari ini.

Menurutnya, pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dia dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 10:51 AM