MOHD Shaid Rosli. FOTO arkib NSTP
MOHD Shaid Rosli. FOTO arkib NSTP
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Bakal calon Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Parlimen Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli bersedia memikul amanah dan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohd Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram berkata, beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi kepercayaan oleh GTA pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen itu dengan menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

"Matlamat dan niat saya ialah untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Kuala Selangor," katanya menerusi status di Facebooknya, hari ini.

Semalam, GTA mengumumkan lapan calon dari PEJUANG untuk bertanding pada PRU-15.

Pada masa sama, Mohd Shaid berkata, beliau dan GTA berpendirian menolak rasuah dan salah guna kuasa.

"Mohon sokongan dan diberi peluang untuk mewakili anda di Parlimen Kuala Selangor," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2022 @ 10:37 AM