LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengarahkan kedai mencuci kereta di Taman Pelangi di sini, ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, selain itu, pihaknya turut mengenakan kompaun dan menyita peralatan di premis berkenaan.

"Pengusaha juga dinasihati supaya mematuhi syarat yang ditetapkan.

"MBJB melakukan operasi daripada semasa ke semasa bagi memantau operasi kedai cuci kereta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini mendedahkan sebuah kedai mencuci kereta di Taman Pelangi di sini bukan saja tidak memiliki lesen perniagaan malah didakwa memilih pelanggan tertentu iaitu mengutamakan pelanggan Singapura berbanding pelanggan tempatan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha kedai mencuci kereta itu mengutamakan pelanggan Singapura menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk sekitar bandar raya.

Berita berkaitan:

  • Apa lebihnya pelanggan Singapura...
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 2:36 PM