ANTARA mangsa banjir di PPS Kampung Padang Empang, kelmarin. FOTO Luqman Hakim Zubir
ANTARA mangsa banjir di PPS Kampung Padang Empang, kelmarin. FOTO Luqman Hakim Zubir
Safuri Kamarudin


Baling: Seramai 94 mangsa banjir daripada 30 keluarga yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, cuaca kembali cerah dan keadaan selamat.

"Malam tadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Al-Huda Kampung Hangus, Kupang ditutup sepenuhnya.

"Seramai 34 mangsa daripada enam keluarga di PPS itu dibenarkan pulang malam tadi selepas pemantauan dilakukan dan keadaan selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Faizol berkata, sekiranya hujan lebat di kawasan itu penduduk dinasihat berhati-hati dan sekiranya air naik mereka diarah berpindah segera ke PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 10:15 AM