SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Padang Empang. FOTO Luqman Hakim Zubir
SEBAHAGIAN mangsa banjir di Kampung Padang Empang. FOTO Luqman Hakim Zubir
Safuri Kamarudin


Baling: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Huda Kampung Hangus, Kupang dekat sini, ditutup sepenuhnya 7 malam ini.

Hanya tinggal 94 mangsa banjir membabitkan 30 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, PPS Dewan Masjid Al-Huda yang sebelum ini menempatkan 34 mangsa daripada enam keluarga ditutup selepas kediaman mereka yang terjejas pulih.

"Sekiranya keadaan pulih esok, 94 mangsa di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam kejadian banjir Selasa lalu, seramai 120 mangsa daripada 27 keluarga dipindahkan ke PPS.

Banjir menjejaskan penempatan penduduk di Kampung Iboi, Padang Empang dan Hangus di Mukim Kupang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 9:58 PM