Safuri Kamarudin


Baling: Setakat jam 3 petang ini, seramai 128 mangsa banjir di daerah ini membabitkan 36 keluarga masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata kesemua mangsa berada di dua PPS iaitu 94 mangsa daripada 30 keluarga berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang.

Katanya, 34 mangsa lagi daripada enam keluarga berada di PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang.

Beliau berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu dan rumah mereka masih tidak selamat semua mangsa tidak dibenarkan pulang.

"Mereka dinasihatkan tinggal di PPS sehingga keadaan selamat dan tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang ke rumah kerana bimbang berlaku banjir kali kedua.

"Mereka sentiasa dipantau malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2022 @ 3:55 PM
SEBAHAGIAN mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Kampung Padang Empang FOTO Luqman Hakim Zubir
SEBAHAGIAN mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) di Kampung Padang Empang FOTO Luqman Hakim Zubir