SEBAHAGIAN mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS). FOTO Luqman Hakim Zubir
SEBAHAGIAN mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS). FOTO Luqman Hakim Zubir
Safuri Kamarudin


Baling : Seramai 128 mangsa banjir membabitkan 36 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, sehingga jam 7 pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, kesemua mangsa berada di dua PPS iaitu 94 mangsa daripada 30 keluarga di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang.

Katanya, 34 mangsa lagi daripada enam keluarga di PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang.

Beliau berkata, semua mangsa tidak dibenarkan pulang kerana hujan pada petang semalam dan keadaan tidak selamat.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu dan rumah mereka masih tidak selamat jadi semua mangsa tidak dibenarkan pulang.

"Mereka dinasihatkan tinggal di PPS sehingga keadaan pulih. Bagaimanapun ada antara mangsa pulang pada siang (semalam) untuk membersih rumah dan datang semula ke PPS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 8:41 AM