GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Enam lelaki termasuk remaja yang ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan Isnin lalu disambung reman selama empat hari lagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek disambung reman pada 25 hingga 28 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Kesemua yang ditahan dipohon sambung reman pagi ini. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada hari Isnin, jika terdapat pertuduhan ia akan dibuat pada Selasa ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, enam lelaki termasuk remaja terbabit ditahan selepas dilapor merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah, Isnin lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2022 @ 3:31 PM