MIOR Faridalathrash (tengah) pada sidang media di Bilik Media IPK Perak. FOTO Balqis Jazimah Zahari
MIOR Faridalathrash (tengah) pada sidang media di Bilik Media IPK Perak. FOTO Balqis Jazimah Zahari
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Kertas siasatan berhubung kes remaja perempuan berusia 13 tahun yang dirogol individu dikenalinya melalui Instagram sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan kes itu sudah selesai sepenuhnya.

"Kalau ada arahan untuk tuduh, kita akan tuduh dia. Siasatan sudah selesai, kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita berkenaan perkembangan terkini siasatan kes terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki yang dipercayai merogol remaja perempuan berusia 13 tahun ditahan polis Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga penduduk tempatan sejak setahun lalu menerusi aplikasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 4:51 PM