Mohd Azam Shah Yaacob


TEMPOH reman suspek disyaki terbabit dera anak tiri sampai mati yang dikenali sebagai Boy Tiger, disambung tujuh hari lagi bermula hari ini.

Selain itu, isterinya pula disambung reman selama tiga hari lagi sehingga Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, sambung reman kedua-duanya dipohon bagi membantu siasatan dijalankan polis susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki dalam jagaan mereka.

Katanya, polis memerlukan lebih masa untuk menyiasat suspek dipercayai menyebabkan kematian kanak-kanak itu yang disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital di Ampang ketika mendapatkan rawatan pada 8 November lalu.

“Suspek lelaki disambung reman selama tujuh hari sehingga 25 November manakala suspek wanita pula disambung reman selama tiga hari hingga 22 November ini.

“Polis memerlukan sedikit masa susulan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan unsur penderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan kedua-duanya direman selama tujuh hari selepas ditahan polis pada 12 November lalu.

Boy Tiger dan isteri menjadi buruan polis selepas melarikan selepas pegawai perubatan Hospital Ampang mengesahkan kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia 30 minit selepas menerima rawatan dengan kesan kecederaan akibat didera.

Kedua-duanya kemudian ditahan pada di Hospital Kajang 11 pagi pada 11 November lalu.

Berita berkaitan:

  • Boy Tiger, isteri direman [METROTV]
  • [UPDATE] Isteri Boy Tiger pun ditahan
  • 'Boy Tiger' dah kena cekup
  • Nenek mangsa dera bimbang
  • 'Dia tak akan lari jauh'
  • [UPDATE] Polis cari 'Boy Tiger,' isteri
  • Budak maut didera
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 1:41 PM
    BOY Tiger dan isteri tiba di Mahkamah Majistret Ampang, Pandan Indah. FOTO Asyraf Hamzah
    BOY Tiger dan isteri tiba di Mahkamah Majistret Ampang, Pandan Indah. FOTO Asyraf Hamzah