Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tempoh reman terhadap pemain bola sepak disambung reman sehari sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes rogol remaja perempuan berusia 18 tahun di sebuah rumah, di sini, Ahad lalu.

Perintah lanjutan berkenaan dikeluarkan Majistret Mohammad Fitri Mokhtar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan pemain bola sepak berusia 28 tahun itu disambung reman selama sehari sehingga esok.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak di Kelantan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan.

Muhamad Zaki dilaporkan berkata, suspek ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, malam Ahad lalu selepas menerima laporan yang dibuat mangsa.

Seorang pemain bola sepak di Kelantan disambung reman selama satu hari bermula hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Seorang pemain bola sepak di Kelantan disambung reman selama satu hari bermula hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Mangsa yang juga jurujual kain dan tudung mendakwa keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah hari Ahad lalu sebelum dirogol.

Berikutan itu, suspek direman selama empat hari sehingga hari ini untuk siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Jun 2022 @ 1:45 PM