LAPORAN Portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Portal Harian Metro sebelum ini.
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Lelaki ditahan polis selepas gambar dan videonya menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

Lelaki itu dikatakan melarikan diri selepas bertindak membunuh isteri dan bayi lelakinya di rumah keluarganya dekat Kampung Bakar Batu di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kematian dua beranak itu pada 12.42 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Hasil siasatan pihak polis, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah hari dan bertindak atas maklumat kita berjaya menangkap suspek.

"Suspek ditahan di kawasan Permas Jaya pada 2.45 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS)," katanya.

Raub berkata, turut dirampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal berwarna merah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut kes berkenaan.

Berita berkaitan:

  • Kelar isteri, bayi sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Julai 2022 @ 5:53 PM