RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular
RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular
Omar Ahmad


Johor Bahru: Akibat tertekan kerana putus cinta, seorang lelaki warga asing bertindak luar kewarasan dengan berbogel di tempat awam di Permas Jaya, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada penjaga kaunter hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi.

Katanya, suspek ditahan polis di tempat kejadian.

"Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video berdurasi 3 minit 57 saat memaparkan seorang lelaki melintas jalan dalam keadaan berbogel namun ditahan dua lelaki.

Tidak lama kemudian, polis datang dengan sebuah kereta peronda dan menahannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 4:57 PM