YDP pertubuhan kebajikan (kanan) dan rakannya ditahan reman lima hari mulai hari ini. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
YDP pertubuhan kebajikan (kanan) dan rakannya ditahan reman lima hari mulai hari ini. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu antara dua lelaki yang direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.

Perintah reman terhadap YDP berusia 80-an dan rakannya, 50-an, dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di sini, bermula hari ini.

Kedua-duanya ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Penahanan mereka untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

YDP itu disyaki menggunakan jawatannya dengan melantik suspek kedua sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usahasama pada 2018, yang mana dia dikatakan mempunyai kepentingan ke atas syarikat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2022 @ 1:30 PM