KEADAAN motosikal seorang daripada mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN motosikal seorang daripada mangsa. FOTO Ihsan Pembaca
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas motosikal mereka naiki bertembung di Jalan Parit Raja Darat di sini, pada 1.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal ditunggangi Mohamad Fauzi Boyani, 16, dan seorang lagi remaja berusia 17 tahun dalam perjalanan dari arah Parit Raja menghala ke Senggarang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang Muhammad Afiq Hussin, 20, dari arah hadapan masuk ke lorong bertentangan sebelum mereka bertembung secara berdepan.

"Akibat kemalangan itu, Mohamad Fauzi dan Muhammad Afiq maut di tempat kejadian.

"Seorang lagi mangsa berusia 17 tahun hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat untuk diberikan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 6:29 PM