Laporan Harian Metro hari ini
Laporan Harian Metro hari ini
Hazira Ahmad Zaidi


Machang: Pemandu Mufti Kelantan disahkan antara dua yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 38 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah, pada jam 9 malam tadi.

Mangsa, Nik Mohammad Ahzan Mohd Nawi, 40, yang menunggang motosikal Yamaha Y-15 dan beralamat di Taman Tok Chanor, Machang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Turut maut dalam kemalangan itu ialah pembonceng motosikal Yamaha LC135, Muhammad Syawal Asyraf Muhammad Safuan, 10, tahun yang beralamat di Kampung Sat Tengah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha LC135 keluar dari simpang menghala ke Kota Bharu.

Katanya, tiba-tiba datang dua motosikal Yamaha Y-15 dan Honda EX-5 dari arah Kota Bharu dan bertembung secara berdepan.

"Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal Yamaha Y-15 berusia 40 tahun tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta Toyata Vios," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 7:05 PM