PASUKAN forensik polis menjalankan pemeriksaan terhadap mayat wanita ditemui di dalam kereta di Jalan Besar Felda Menggong, Hutan Percha, Alor Gajah. FOTO Ihsan PDRM
PASUKAN forensik polis menjalankan pemeriksaan terhadap mayat wanita ditemui di dalam kereta di Jalan Besar Felda Menggong, Hutan Percha, Alor Gajah. FOTO Ihsan PDRM
Meor Riduwan Meor Ahmad

Alor Gajah: Wanita berusia 45 tahun ditemui maut dalam Perodua Kenari dengan empat kesan kelar di tangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat ditemui berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Jalan Besar Felda Menggong, Hutan Percha di sini.

Katanya, orang awam menghubungi Balai Polis Hutan Percha pada 1.30 tengah hari memaklumkan penemuan itu dan sepasukan forensik bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah hadir ke lokasi.

"Pemeriksaan awal menemui sebilah parang di dalam kereta dan terdapat empat kesan kelar di tangan kanan dipercayai dilakukan sendiri si mati," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Arshad berkata, polis menjumpai kad pengenalan yang beralamat di Machap Baru dan tembual dengan adiknya memaklumkan, wanita itu bekerja sebagai kerani dan mempunyai masalah kesihatan.

"Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 2:02 PM