Keadaan dua kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Bernam, Tanjong Karang hari ini. Foto Ihsan JBPM
Keadaan dua kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Bernam, Tanjong Karang hari ini. Foto Ihsan JBPM
Amirul Aiman Hamsuddin

Tanjong Karang: Dua wanita maut dan seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Bernam di sini, petang hari ini.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa yang meninggal dunia itu dikenal pasti sebagai Norhidayah Marsom, 20, dan Sha Sabrina, 27.

Lelaki yang cedera pula dikenali sebagai Tan Sum Tian, 55.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.02 petang sebelum sepasukan enam pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati pemandu sebuah kereta sudah dibawa ke hospital oleh ambulans.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Februari 2022 @ 9:04 PM