PROSES memilih bongkah al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran sudah diproses untuk dilupuskan di laut. FOTO Mohd Rafi Mamat
PROSES memilih bongkah al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran sudah diproses untuk dilupuskan di laut. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Pekan: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akan melupuskan lebih 30 tan tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al Quran yang rosak akibat banjir akhir tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, aktiviti pelupusan dilakukan menggunakan insinerator atau tempat pembakaran khas yang sumber api daripada gas milik Jaip dan syarikat swasta.

Menurutnya, pusat pelupusan atau pembakaran kendalian Jaip terletak dalam kawasan Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, di sini dan mampu melupuskan kira-kira 100 kilogram (kg) bahan bacaan berkenaan yang kering hampir 100 peratus.

Katanya, proses membakar dilakukan setiap hari yang mengambil masa kira-kira 24 jam dan abu al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran akan digaul dengan air sebelum ditempatkan dalam bekas untuk dikeringkan di bawah cahaya matahari selama seminggu.

"Ketulan atau bongkah seberat lima kg setiap satu akan simpan dalam beg plastik sebelum proses melupuskan di laut dilakukan dengan bantuan agensi kerajaan lain.

"Kita mengambil masa yang agak panjang untuk melupuskan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran kerana jumlahnya kini mencapai 30 tan," katanya selepas memantau proses pelupusan menggunakan insinerator, di sini semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 8:29 AM