Program mVIP dilancarkan bagi mewujudkan pasaran kereta yang telus dan dipercayai dengan memberi laporan yang jujur mengenai keadaan kereta yang akan dibeli. - FOTO Mudah.my
Program mVIP dilancarkan bagi mewujudkan pasaran kereta yang telus dan dipercayai dengan memberi laporan yang jujur mengenai keadaan kereta yang akan dibeli. - FOTO Mudah.my
Mohammad Asyraf Khalib

MEMBUAT keputusan untuk membeli kereta terpakai tidak boleh dipandang remeh. Banyak aspek perlu dititikberatkan bagi mengelakkan si pembeli menjadi mangsa sindiket penipuan. 

Bagi mereka yang mahir mengenai selok belok kenderaan, urusan jual beli kereta mungkin tiada masalah. Namun, bagi yang kurang pengetahuan, pasti ada saja yang tidak kena.

Lebih membimbangkan, banyak kes pembeli terpaksa menanggung kerugian besar kerana kenderaan yang diterima tidak sama seperti dijanjikan. 

Justeru, tidak hairan jika platform jual beli kereta terpakai terkemuka, Mudah.my menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Platform itu menawarkan pelbagai kemudahan kepada pembeli bermula daripada peringkat awal pembelian sehingga jaminan selepas jualan. 

Jaminan berterusan

Image

Dengan Mudah.my, pembeli tidak perlu bimbang mengenai keadaan kenderaan kerana pemeriksaan lengkap dan jaminan perlindungan kenderaan disediakan untuk anda. 

Sejak Ogos tahun lalu, Mudah.my dan platform bidaan kenderaan dalam talian, MUV menjalin kerjasama bagi menawarkan pelbagai pilihan kereta terpakai yang siap diperiksa serta lengkap dengan jaminan.

Menerusi kolaborasi strategik itu, Mudah.my memperkenalkan program Mudah Vehicle Inspection & Protection (mVIP).

Program itu bertujuan memberi jaminan dan ketenangan minda kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai. 

Ia merangkumi tiga aspek utama iaitu pertama, pengesahan pendaftaran kenderaan dan perincian pemilikan.  

Kedua, mengesahkan keadaan sebenar kenderaan melalui proses pemeriksaan 180 komponen secara komprehensif. 

Ketiga, menawarkan peluang kepada pembeli untuk mendapatkan jaminan lanjutan bagi melindungi mereka daripada kos pembaikan pada masa akan datang. 

Mudah, telus

Image

Menurut Mudah.my, program mVIP dilancarkan bagi mewujudkan pasaran kereta yang telus dan dipercayai dengan memberi laporan yang jujur mengenai keadaan kereta yang akan dibeli.

Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records juga membuktikan komitmen mereka mewujudkan proses jual beli kereta terpakai dalam talian yang mudah dan telus.

Dengan kepakaran pemeriksa terlatih MUV yang berupaya menyediakan laporan secara dalam talian, mVIP mampu menawarkan pilihan kereta terpakai paling luas lengkap bersama jaminan kepada pengguna di Malaysia. 

Setakat ini, Mudah.my mempunyai lebih 7.5 juta pengunjung unik setiap bulan dan lebih 90,000 buah kereta untuk dijual. 

Lebih jimat

Sementara itu, MUV menyediakan kepakaran dari segi pemeriksaan kenderaan terpakai menerusi rangkaian hab dan pusat di seluruh negara. 

Jika pelanggan tidak dapat datang ke pusat pemeriksaan, MUV boleh menghantar pasukan ke rumah bagi membuatkan proses jual beli kereta terpakai lebih mudah. 

Untuk memudahkan individu menjual kereta, Mudah.my dan MUV turut menawarkan perkhidmatan secara menyeluruh. 

Ia merangkumi pemindahan pemilikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemeriksaan kereta di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan pembiayaan dengan yuran tetap yang murah. 

Langkah itu memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu mendapatkan khidmat orang tengah dengan caj yang mungkin lebih tinggi. 

Dengan segala kemudahan yang ditawarkan, Mudah.my adalah platform terbaik untuk pemilik kenderaan meraih keuntungan apabila menjual kereta. 

Mereka boleh mendapat 20 hingga 40 peratus lebih banyak apabila menjual kereta di Mudah.my.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web www.mudah.my atau muat turun aplikasi Mudah.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 12:07 AM