Ditaja sepenuhnya oleh Alibaba, latihan ini akan dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin. - FOTO Alibaba
Ditaja sepenuhnya oleh Alibaba, latihan ini akan dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin. - FOTO Alibaba
Nur Amirah Abd Rani

PERNAH membeli sesuatu secara dalam talian selepas menonton video atau strim langsung?

Pada masa kini, penstriman langsung e-dagang telah menjadi sebuah bentuk perniagaan yang biasa digunakan oleh peniaga untuk menjual produk mereka. 

Tidak hanya terhad kepada peniaga dari jenama besar, penstriman langsung turut dipraktikkan oleh pengusaha mikro dan usahawan tempatan sebagai cara untuk mempromosikan jenama dan berniaga. 

Transformasi digital dan peningkatan perdagangan langsung bermula apabila syarikat Alibaba Group (Alibaba) memperkenalkan Taobao Live pada 2016. 

Ciri ini disepadukan ke dalam Taobao dan Tmall untuk membantu usahawan dan peniaga untuk terlibat secara langsung dan berinteraksi dengan pembeli. 

Melalui proses ini, pengguna boleh menyemak imbas penyenaraian produk, menyiarkan komen atau soalan dan membeli-belah dengan satu klik mudah sambil menonton sesi strim langsung.

Sehingga kini, trend penstriman langsung telah berkembang ke serata dunia dan Asia Tenggara telah menjadi salah satu pasaran di mana peruncit dan pengguna menggunakan medium baharu ini.

Berdasarkan data penyelidikan pasaran Oppotus, menjelang suku pertama tahun 2021, tinjauan mendapati 23 peratus rakyat Malaysia membeli belah menggunakan strim langsung. 

Menariknya, walaupun majoriti pembeli perdagangan langsung adalah dari golongan muda,  13 peratus daripada pembeli perdagangan langsung sebenarnya berumur 45 tahun keatas. 

Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan permintaan untuk strim langsung dan video, tanpa mengira umur.

Siaran langsung dan pembikinan video

Menjadikan seorang peneraju pendapat utama (KOL) strim langsung atau penerbit video sering dianggap sebagai pilihan kerjaya yang berdaya saing pada era kepesatan teknologi. 

Sebenarnya, penstriman langsung KOL tidak semestinya perlu mempunyai pengikut yang ramai seperti pempengaruh dan selebriti.

Sebaliknya, selagi mereka boleh membina asas atau platform kepada pelanggan yang setia dan menjadi pakar dalam bidang mereka, KOL boleh menjual pelbagai produk termasuk mainan kanak-kanak, makanan tambahan atau produk kecantikan.

Tambahan pula, promosi berasaskan video kini sudah menjadi format yang semakin digemari oleh rakyat Malaysia untuk berniaga. 

Berdasarkan laporan Hootsuite pada tahun lalu, 98.1 peratus pengguna Internet Malaysia menonton video, menjadikannya format penggunaan teratas antara semua aktiviti kandungan dalam talian.

Oleh itu, mempunyai kemahiran penghasilan video boleh membantu rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi KOL yang berjaya atau mereka yang menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Tingkat kemahiran dengan program LiveNOW Alibaba

Untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang berpotensi dalam dunia e-dagang interaktif, Alibaba membawa kembali Program Latihan LiveNOW (LiveNOW), sebuah  inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dicipta secara eksklusif untuk Malaysia.

Mula dilancarkan pada 2020, dengan kerjasama MODEN KOL Academy, program ini menginkubasi lebih 200 KOL di seluruh Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Image

Pengurus Negara Tmall Taobao World Malaysia Jess Lew berkata, sambutan positif yang diterima pada 2020,  membuatkan Alibaba membuka kembali peluang CSR LiveNOW tahun ini kepada individu yang berpotensi untuk meneroka peluang dalam e-dagang interaktif sebagai sebahagian daripada komitmen Alibaba untuk membolehkan akses kepada ekonomi digital untuk semua.

Menampilkan penceramah daripada Lazada dan Taobao, KOLs serta perkongsian pengeluaran video pendek yang diketuai oleh UNINESS, LiveNOW 2022 akan melatih peserta untuk memulakan penstriman langsung dan perjalanan pembikinan video mereka.

Jae C, Xiao Gu, Kate Ke En dan Kartini Ariffin adalah antara KOL yang akan berkongsi pandangan peribadi mereka tentang aliran e-dagang utama dan pengetahuan penstriman langsung.

Ditaja sepenuhnya oleh Alibaba, latihan ini akan dikendalikan secara maya dalam tiga bahasa dan tiga sesi iaitu pada 25 Jun bagi sesi bahasa Inggeris, 2 Julai untuk sesi Bahasa Malaysia dan 9 Julai sesi Mandarin. 

Peserta yang telah menamatkan latihan akan menerima sijil penyertaan dan boleh menyertai Lazada sebagai penjual di Lazada Marketplace dan menikmati manfaat serta sokongan secara langsung di bawah Hari-Harimau New Seller Kickstarter Package oleh Lazada Malaysia dan menerima sijil digital rasmi penyertaan.

Daftar Sekarang!

Image

LiveNOW 2022  juga relevan kepada pemilik perniagaan, terutamanya usahawan mikro yang cenderung untuk penstriman langsung atau menghasilkan video e-niaga mereka sendiri. 

Bagi penstriman langsung KOL dan penerbit video yang bercita-cita tinggi, jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran dengan Program Latihan Alibaba LiveNOW 2022. 

Tempat adalah tersedia berasaskan konsep 'siapa cepat, dia dapat' secara percuma!

Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk LiveNOW 2022 di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 4:37 PM