Nur Amirah Abd Rani

JUALAN istimewa dalam talian yang sering diadakan pada hujung tahun seperti jualan 11.11, 12.12, atau jualan mega sempena perayaan tahun baru menyebabkan peniaga tidak menang tangan menguruskan perniagaan. 

Selain memberi tumpuan untuk meningkatkan jualan akhir tahun, peniaga juga dikehendaki mengimbangi kecekapan operasi mereka apabila kadar pesanan pelanggan meningkat secara mendadak. 

Jika terdapat kekurangan dalam operasi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk penghantaran lewat yang berisiko menjejaskan keyakinan pelanggan terhadap jenama mereka.

Malah, ada juga segelintir peniaga terpaksa melepaskan sebahagian pesanan apabila mereka tidak dapat menampung jumlah pesanan yang banyak ketika musim puncak.

Justeru, perkhidmatan penghantaran pada hari sama berupaya meningkatkan kecekapan perniagaan ketika berdepan peningkatan permintaan di musim puncak.

Perkhidmatan ini juga mampu memberi kepuasan kepada pelanggan dengan penghantaran yang lebih pantas.

Permintaan semakin meningkat 

Image

Pengarah urusan Lalamove Malaysia, Jane Teh, berkata permintaan penghantaran on-demand semakin meningkat dalam kalangan pengguna dan peniaga.

"Selain barangan kecil yang diketahui umum seperti makanan dan bungkusan yang boleh dihantar segera, kami kini memecahkan rekod dalam memenuhi keperluan penghantaran hari yang sama untuk barangan besar dan pukal, serta pemindahan rumah dan penghantaran luar bandar," katanya. 

Dengan mengetahui kepentingan penghantaran pantas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Lalamove menyediakan sistem penghantaran yang bukan sahaja dapat menghantar pada hari yang sama, tetapi mengambil masa antara satu hingga beberapa jam.  

"Konsep ini membantu sesiapa saja yang ingin menghantar apa-apa saja dengan cepat dan mudah di mana saja dan pada bila-bila masa," tambah Jane.

Sokongan penghantaran lancar

HappyFresh adalah platform runcit dalam talian yang direka untuk menjadikan proses pembelian barangan runcit lebih lancar melalui penggunaan peranti elektronik. 

Platform itu menggunakan perkhidmatan penghantaran on-demand Lalamove sejak 2018.

Image

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui, berkata pihaknya sering berdepan kesukaran untuk memastikan proses penghantaran berjalan lancar ketika waktu puncak.

Penghantaran hari sama membantu HappyFresh menawarkan pengalaman membeli-belah barang runcit secara fizikal yang lancar dan efisien, membolehkan pelanggan mendapat barang runcit mereka secepat mungkin.

"Ini membawa kami selangkah lebih dekat dalam usaha menjadi pilihan membeli-belah barang runcit arus perdana," katanya.

Hu menyatakan bahawa penyepadanan API antara HappyFresh dan Lalamove membolehkan pihaknya membuka lebih banyak slot penghantaran di beberapa lokasi dan sekali gus menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli di platform HappyFresh.

Transformasi perniagaan tradisional

Image

Seng Li Marketing Sdn Bhd pula merupakan sebuah syarikat perdagangan alat ganti kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 2003. 

Syarikat ini terdiri daripada 11 cawangan yang terletak secara strategik di seluruh Johor.

Menjadi antara peniaga yang menggunakan perkhidmatan on-demand Lalamove, Ketua Pegawai Operasi Seng Li Marketing Sdn Bhd, Stephent Lee berkata, penghantaran pada hari sama penting untuk industri alat ganti kereta kerana pelanggan mereka terdiri daripada bengkel pembaikan kereta. 

"Menjadi tanggungjawab kami untuk menghantar alat ganti tepat pada masa mengikut urutan untuk memudahkan tugas membaiki kereta mereka lebih lancar dan cepat. 

"Ketika musim puncak, perkhidmatan penghantaran seperti Lalamove dapat meningkatkan proses operasi kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah hari demi hari," katanya. 

Penyelesaian penghantaran untuk semua perniagaan

Image

Misi Lalamove untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran tempatan yang pantas, mudah dan cekap dapat dicapai menerusi pelbagai inovasi merangkumi padanan pesanan segera, flit penghantaran yang lengkap, sistem penjejakan pesanan pada masa nyata dan banyak lagi. 

Lalamove kini beroperasi di lebih 30 pasaran seluruh Asia dan Amerika Latin. 

Ia memasuki pasaran Malaysia pada 2018 dan kini perkhidmatannya merangkumi Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor. Lalamove menawarkan perkhidmatan yang cepat dan mudah untuk komuniti setempat, termasuk penghantaran jarak jauh untuk peniaga yang memerlukan sokongan logistik dan penghantaran antara cawangan

Lalamove menyediakan penghantaran pantas untuk menghantar barang kecil dan besar menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda, lori (10 kaki hingga 17 kaki) dan van (7 kaki hingga 9 kaki). 

Image

Lalamove juga dikenali sebagai jenama perkhidmatan penghantaran on-demand yang sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan. 

Dengan skim harga yang telus dan caj mengikut konsep 'bayar per penghantaran', Lalamove menjadi penyelesaian penghantaran yang menawarkan kecekapan kos kepada perniagaan dari pelbagai industri.

Lebih menarik, kini Lalamove menyediakan pakej akaun perniagaan untuk semua Perusahaan Kecil dan Sederhana. 

Bagi peniaga yang ingin meningkatkan kecekapan perniagaan menerusi perkhidmatan Lalamove, layari laman sesawang Lalamove atau muat turun aplikasi mereka di Google play store atau Apple app store.

Image

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 10:15 AM