Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang hidangan lazat dan Jimat Setiap Hari di Domino’s - FOTO Domino’s
Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang hidangan lazat dan Jimat Setiap Hari di Domino’s - FOTO Domino’s
Mohammad Asyraf Khalib

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) terus dikuatkuasakan dalam negara. Tahun ini Covid-19 menjadi kejutan paling besar buat rakyat Malaysia memandangkan banyak golongan terjejas. 

Pada waktu begini, orang ramai dilihat mula berjimat dan merancang perbelanjaan harian mereka dengan lebih teliti agar tidak terlebih belanja. 

Memahami situasi dan keadaan semasa, Domino's tampil menawarkan pelbagai pilihan hidangan lazat dengan harga mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Apa yang pasti, tawaran Jimat Setiap Hari daripada Domino's ini sudah tentu menggembirakan ramai orang terutama buat penggemar piza!

1. Piza peribadi hanya RM5

Image

Impian untuk menikmati hidangan lazat daripada Domino's dengan harga Jimat Setiap Hari kini jadi kenyataan! 

Tidak kiralah anda ingin memesan makanan untuk makan tengah hari, petang atau malam, usah risau soal terlebih belanja kerana piza peribadi kini boleh dinikmati dengan harga bermula RM5 sahaja.

Tawaran ini hanya tersedia untuk pesanan 'bawa-pulang' sahaja. 

2. Diskaun 50 peratus!

Image

Selain itu, anda juga boleh menikmati tawaran diskaun sebanyak 50 peratus untuk mana-mana saiz piza sama ada bersaiz biasa, besar atau ekstra besar. 

Walau bagaimanapun, tawaran diskaun 50 peratus ini juga hanya tersedia untuk pesanan 'bawa-pulang'. 

3. Pandu Ambil 

Image

Sebagai alternatif, anda boleh memesan piza untuk dibawa pulang menggunakan perkhidmatan Pandu Ambil kerana ianya lebih mudah dan selamat.

Hanya perlu membuat pesanan dan bayaran melalui laman web atau aplikasi Domino's , kemudian terus memandu ke kawasan pintu masuk kedai untuk mengambil pesanan daripada kakitangan Domino's melalui tingkap kereta.

Untuk menggunakan servis Pandu Ambil, anda hanya perlu mengikut lima cara mudah di bawah:-

Langkah 1: Pilih "Take away" di aplikasi atau laman web Domino's Pizza.
Langkah 2: Pilih Domino's Pandu Ambil (Drive Up).
Langkah 3: Isi butiran kenderaan.
Langkah 4: Klik "I'm Here" di halaman "Tracker" sesudah sampai di hadapan restoran.
Langkah 5: Tunggu dalam kereta dan pesanan akan dihantar terus ke kenderaan.

Domino's juga menggalakkan pelanggan untuk memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi mengelakkan kesesakan dan merasai cara selamat, cepat serta mudah untuk menerima pesanan.

Ketahui lebih lanjut mengenai servis Pandu Ambil di sini.

4. Beli satu percuma dua

Tidak cukup dengan diskaun dan harga mampu milik, Domino's turut menawarkan lebih keseronokan dan penjimatan sepanjang tempoh duduk di rumah dengan pilihan hidangan 'Beli Satu Percuma Dua'.

Untuk pilihan 'topping', pelanggan boleh memilih apa jua pilihan yang digemari seperti Classified Chicken, Meatasaurus, Pepperoni dan banyak lagi.

Terbaharu, untuk tawaran 'Beli Satu Percuma Dua' ini juga, Domino's turut menawarkan "lebih pilihan hidangan percuma", dengan pilihan set percuma yang anda boleh pilih.

Set hidangan itu juga boleh disesuaikan mengikut pilihan pelanggan sama ada dibeli untuk diri sendiri atau dikongsi bersama kawan dan orang tersayang. 

Sebagai contoh, jika anda kebosanan 'terkurung' seorang diri di rumah sepanjang tempoh kuarantin, Domino's ada pilihan hidangan 'Me, Myself & I' untuk memujuk hati.

Bagi yang bekerja dari rumah ditemani rakan serumah atau insan tersayang pula, pilihan set 'Aku & Dia' atau 'Geng' pasti mengukir senyuman bersama. 

Pesan piza bersaiz biasa, besar, atau ekstra besar dari mana-mana set tersebut, anda akan mendapat dua hidangan sampingan secara percuma!

Antara hidangan sampingan yang ditawarkan ialah Crazy Chicken Crunchies, Chocolate Lava Cake, Banana Kaya dan banyak lagi, bergantung kepada set pilihan anda. 

Image

5. Penghantaran percuma

Image

Bagi mengurangkan pergerakan di luar, Domino's menyediakan servis penghantaran percuma untuk promosi Beli Satu Percuma Dua. Jadi, pelanggan tidak perlu risau untuk keluar rumah sepanjang tempoh pandemik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi menarik di Domino's, layari www.dominos.com.my atau muat turun aplikasi Domino's sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 6:30 PM