Trapo menawarkan pelbagai pilihan alas kaki kereta dan aksesori untuk lebih 1000 model kereta. - FOTO  Trapo
Trapo menawarkan pelbagai pilihan alas kaki kereta dan aksesori untuk lebih 1000 model kereta. - FOTO Trapo
Mohammad Asyraf Khalib

BAGI kebanyakan pemilik kereta, rutin penjagaan kenderaan yang sempurna pasti menjamin keselesaan sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan lebih optimum. 

Justeru, dari aspek kebersihan sehingga penyelenggaraan, penting untuk seseorang itu memastikan keretanya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan baik. 

Namun, bagi mengekalkan kebersihan ruang dalaman kereta sepanjang masa bukan perkara mudah.

Apatah lagi, apabila ia membabitkan kotoran yang melekat pada kasut pemandu atau penumpang seperti tanah dan pasir. 

Disebabkan itu, pemilihan alas kaki kereta yang berkualiti perlu diberi keutamaan kerana ia penting untuk melindungi lantai kereta daripada masalah debu, kotoran dan kelembapan.

Memahami keperluan pengguna, jenama aksesori kenderaan terkemuka, Trapo tampil menawarkan penyelesaian lebih bersih, selamat dan selesa. 

Diasaskan oleh Zare Lee dan Tzong Lee pada 2016, alas kaki kereta serba baharu daripada Trapo kini menawarkan Generasi Kedua Trapo Hex II, Trapo Classic Mark 3 dan Trapo Eco II.

Mesra alam, boleh dikitar semula

Syarikat induk Trapo, Supreme, pakar dalam pembuatan EVA foam untuk kegunaan komersial, perindustrian dan pembinaan, menghasilkan 300 tan sisa foam yang perlu dikitar semula setiap tahun.

Dengan kepakaran mereka, Trapo kemudian mengolah dan menggunakan kembali sisa itu menghasilkan alas kaki kereta berkualiti, terdiri daripada 20 peratus bahan buangan dan 80 peratus bahan mentah. 

Selain warna hitam, alas kaki kereta ini juga terdapat dalam pilihan warna kelabu dan coklat.

Sementara itu, bagi setiap alas kaki kereta Trapo bersaiz standard, terdapat kira-kira 12 botol kitar semula polyethylene tetraphyte (RPET) yang digunakan untuk membentuk satu lapisan di tepi alas kaki. 

Ia hadir dalam pelbagai warna seperti merah, hitam, biru, kelabu, dan yang terbaharu adalah warna coklat dan hijau tua.

Selain mesra alam, reka bentuknya yang mempunyai alur lebih dalam membolehkan alas kaki kereta ini memerangkap kotoran dan lumpur dengan mudah. 

Paling penting, produk ini juga kalis air sekali gus menjamin ruang dalaman kenderaan kekal kering dan mudah dibersihkan dengan mengambil masa hanya 15 minit untuk proses pengeringan. 

Pemilik kenderaan juga boleh menarik nafas lega kerana alas kaki kereta Trapo tidak mengeluarkan bau plastik kuat menjadikan ia pilihan lebih baik berbanding alas kaki jenis PVC coil. 

Masalah bau plastik yang terhasil daripada alas kaki kereta jenis PVC coil itu lazimnya menyebabkan rasa tidak selesa, memeningkan kepala dan mengganggu tumpuan ketika memandu. 

Tidak cukup dengan itu, produk Trapo turut hadir dengan teknologi Anti-Slip, memastikan alas kaki kereta tidak bergerak dan kekal berada di kedudukan sama ada ketika memandu, masuk atau keluar kenderaan. 

Trapo Hex II

Image

Jika Trapo Hex yang sedia ada mempunyai daya tahan tinggi terhadap masalah haus dan lusuh, kini Trapo Hex II, 10 kali ganda lebih tahan lama dengan peningkatan kualiti lebih ketara.

Ia menggunakan FIX, sistem anti-slip yang terpisah terus daripada alas kaki kereta. Ciri ini menawarkan prestasi anti-slip lebih baik di samping mengurangkan kerosakan pada lantai kereta.

Lebih mengagumkan, alas kaki kereta ini hadir dengan Bactekiller, agen antibakteria silver ion yang dipatenkan di Jepun, berupaya *menghapuskan 99.99 peratus bakteria selepas dibilas menggunakan air.

Bagi meneruskan amalan kelestarian syarikat, Trapo kini sedang menambahbaik plat logam daripada generasi Hex sebelumnya kepada plat sekam padi yang bukan saja kelihatan lebih memukau, tetapi mesra alam.

Ketahui lebih lanjut mengenai Trapo Hex II menerusi pautan ini.

Trapo Classic Mark 3

Image

Sama seperti Trapo Hex II, alas kaki kereta Trapo Classic Mark 3 juga mempunyai keupayaan untuk *menghapus 99.99 peratus bakteria menerusi bilasan air sahaja. 

Lebih menarik, dengan mekanisme penghilang bau, alas kaki kereta ini tidak mengeluarkan bau getah yang tidak menyenangkan sekali gus diyakini tidak akan berbau busuk kerana mudah dibersihkan, 

Tidak cukup dengan itu, Trapo Classic Mark 3 juga mempunyai fungsi anti-slip yang lebih baik dengan Trapo Velcro 2.0.

Ketahui lebih lanjut mengenai Trapo Classic Mark 3 menerusi pautan ini.

Trapo Eco II

Image

Dikenali sebagai pilihan produk paling berpatutan, Trapo Eco II pula sering menjadi rebutan ramai kerana ia mudah dibersihkan dan berupaya menyembunyikan debu.

Ia hadir dengan pelapik fleksibel Trapo Eco Duo iaitu ciri tambahan yang boleh diletakkan di mana saja di atas alas kaki kereta dan pengguna dapat menanggalkannya dengan mudah menggunakan jari.

Ketahui lebih lanjut mengenai Trapo Eco II menerusi pautan ini

Tawaran menarik

Bermula 28 hingga 30 Oktober ini, pelanggan yang berminat untuk mendapatkan alas kaki kereta baharu daripada Trapo berpeluang menikmati potongan harga sebanyak 15 peratus .

Selain itu, 30 pelanggan pertama yang membeli alas kaki kereta baharu ini akan membawa pulang Oxtra Handheld Vacuum secara percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alas kaki kereta Trapo, layari my.trapo.asia/pages/car-mats.

*Hasil mungkin berbeza bergantung pada jangka masa produk bersentuhan dengan air.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 11:20 AM