Produk penjagaan kulit, barang kemas dan hijab adalah produk ‘Fesyen & Kecantikan’ yang paling laris. - FOTO Shopee
Produk penjagaan kulit, barang kemas dan hijab adalah produk ‘Fesyen & Kecantikan’ yang paling laris. - FOTO Shopee
Nur Amirah Abd Rani

KUALA LUMPUR: Platform membeli belah dalam talian Shopee berjaya memecahkan rekod jumlah pesanan Shopee Live dengan peningkatan sebanyak 36 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Berbanding hari biasa, jumlah waktu rakyat Malaysia menonton Shopee Live didapati meningkat tiga kali ganda pada hari kemuncak 9.9. 

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh, berkata strim langsung berinteraktif dan diskaun eksklusif 90 peratus antara pendorong ramai pengguna menonton Shopee Live untuk tempoh lebih lama. 

"Tahun ini, kami memilih dengan teliti kandungan langsung hiperlokal untuk rakyat Malaysia dengan mengetengahkan penjual tempatan, selebriti, jenama, dan program bagi pengalaman membeli-belah yang menyeluruh dan menyeronokkan," katanya. 

Katanya, populariti Shopee Live menyumbang kepada peningkatan jualan penjual tempatan baharu sebanyak 10 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa, yang merupakan pertumbuhan dua kali ganda berbanding 9.9 tahun lalu.

"Peningkatan ini sekaligus menunjukkan kepentingan Shopee Live dalam ekosistem Shopee bagi pembeli dan penjual.

"Shopee berbangga dapat memperkasakan penjual tempatan yang menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia dengan menyediakan platform bantuan bersesuaian kepada mereka untuk mempertingkatkan perniagaan.

"Shopee sentiasa komited menyediakan peluang kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk bermula, berkembang, dan berjaya dalam landskap digital yang sentiasa berubah," katanya.

Strim langsung Shopee Malam Ni: 9.9 Hari Pembelian Hebat menampilkan barisan selebriti terkenal Janna Nick, Bell Ngasri, Shiha Zikir, Ucop Hashim, Aya Amiruddin, dan ramai lagi. 

Produk penjagaan kulit, barang kemas dan hijab adalah produk 'Fesyen & Kecantikan' yang paling laris. 

Lebih 5,000 jenama di Shopee Mall seperti COSRX, Skechers, dan TTRacing menawarkan produk asli dengan Jaminan Pulangan 15 Hari dan 8X Jaminan Wang Kembali supaya pembeli boleh membeli-belah tanpa risau. 

Jenama fesyen dan kecantikan turut menyertai jualan langsung pada hari kemuncak Shopee dengan memberi penonton peluang untuk melihat produk secara eksklusif, menjawab soalan, diskaun dan tawaran. 

Lima jenama terkenal memperoleh pesanan paling tinggi pada Shopee Live adalah Nestle, SKINTIFIC, DESSINI, Maybelline dan Mydin.

Selain itu, Shopee Live mencatatkan sembilan kali ganda penonton baharu yang juga mengambil bahagian dalam permainan menarik seperti Teka & Menang.

Pengguna turut teruja dengan Shopee Shake yang mana mereka berpeluang memenangi sehingga sembilan juta Shopee Coins, Thermomix TM6, Sony Playstation 5, dan Dyson Supersonic™ Hairdryer. 

Jangan lepaskan peluang menonton strim langsung Shopee Live Skuad Stylo pada jam 8 malam, setiap Isnin hingga Jumaat untuk tawaran dan promosi terbaik!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 10:49 AM